Posts

Showing posts from August, 2021

Membaca, menghembus, menyapu, 3 Qul 3 kali sebelum tidur

Ayat Qur-an / Hadith : ٠٦٦ . عن عائشة : أن النبي * كان إذا أوى إلى فراشه كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيها فقرأ فيها: (قل هو الله أحد) و(قل أعوذ برب الفلق) و(قل أعوذ برب الناس) ثم يمسح بها ما استطاع من جسده، يبدأ بها على رأسه ووجهه وما أقبل من جسده، يفعل ذلك ثلاث مرات، رواه أبو داود، باب ما يقول عند النوم، رقم ٥٠٥٦ Terjemahan : 66. Sayyidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa apabila Nabi SAW pergi ke tempat tidurnya Baginda SAW akan menadah kedua-dua tapak tangannya dan kemudian Baginda SAW membaca surah قل أعوذ برب الناس diikuti قل أعوذ برب الفلق diikuti قل هو الله أحد kemudian Baginda SAW akan menghembuskan padanya (kedua-dua tadahan tangannya) lalu Baginda akan menyapu ke semua tempat di badan yang tangan Baginda SAW sampai. Baginda SAW akan memulakan dengan kepala , kemudian muka dan kemudian bahagian hadapan badan . Baginda melakukan perbuatan ini sebanyak tiga kali." (Abu Daud). Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat : Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADI...

Membaca 3 Qul pagi dan petang 3 kali sebagai pendinding

Ayat Qur-an / Hadith : ٠٦٧ . عن عبد الله بن حبيب - أنه قال: قال رسول الله ﷺ : قل، فلم أقل شينا، ثم قال : قل، فلم أقل شيئا، ثم قال: قل، فقلت: ما أقول يا رسول الله ؟ قال: (قل هو الله أحد) والمعوذتين حين تمسي وحين تصبح، ثلاث مرات، تكفيك من كل شيء. رواه أبوداود، باب ما يقول إذا أصبح، رقم: ٥٠٨٢. Terjemahan : 67. Sayyidina Abdullah bin Khubaib RA berkata Rasulullah SAW bersabda kepada saya, "Katakanlah olehmu." Saya hanya berdiam diri. Baginda bersabda lagi. "Katakanlah olehmu." Saya terus berdiam diri. Baginda bersabda lagi, "Katakanlah olehmu." Lalu saya pun bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang patut saya katakan?" Baginda bersabda, " Bacalah قل أعوذ برب الناس (an-Naas) , 'قل أعوذ برب الفلق (al-falaq) dan قل هو الله أحد (al-ikhlas) sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang . Ketiga-tiga surah itu cukup untuk memelihara kamu daripada (perkara perkara yang menyusahkan)." (Abu Daud). Nama Surah : Nombor Ayat / Riw...

Surah yang lebih cepat diterima Allah SWT ialah al-Falaq

Ayat Qur-an / Hadith : ٠٦٨ عن عقبة بن عامر ﷺ قال: قال رسول اللہ ﷺ : يا عقبة بن عامر! إنك لن تقرأ شورة أحب إلى الله ، ولا أبلغ عنده من أن تقرأ (قل أعوذ برب الفلق)، فإن استطعت أن لا تفوتك في صلاة فافعل رواه ابن حبان، قال المحقق: إسناده قوي٠:٥ ١٥ Terjemahan : 68. Sayyidina Uqbah bin 'Amir RA berkata Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Uqbah bin Amir, kamu tidak akan membaca surah yang lebih dikasihi dan lebih cepat diterima oleh Allah daripada surah قل أعوذ برب الفلق . Lantaran itu, jika kamu mampu jangan tinggalkan surah ini dalam mana-mana solah pun." (Ibnu Hibban). Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat : Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi. Mukasurat : 301. Disclaimer : Untuk bahasa 'Arab yang lebih tepat, sila rujuk sumber asal. Catitan :

Mohon perlindungan Allah SWT dgn membaca al-Falaq dan an-Naas

Ayat Qur-an / Hadith : .٧٠ . عن عقبة بن عامر ﷺ قال: بينا أنا أسير مع رسول الله ﷺ بين الجحفة، والأبواء، إذ غشيتنا ريح، وظلمة شديدة، فجعل رسول اللہ ﷺ يتعوذ بـ «أعوذ برب الفلق) و(أعوذ برب الناس)، وهو يقول: يا عقبة! تعود بها، فما تعوذ متعوذ بمثلها قال: وسمعته يؤمنا بها في الصلاة. رواه أبو داود، باب في السعودتين، رقم :١٤٦٣ Terjemahan : 70. Sayyidina Uqbah bin Amir RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Saya bersama Rasulullah sedang berjalan dalam satu safar antara Juhfah dan Abwa'. Tiba-tiba ribut yang kuat dan keadaan yang sangat gelap menyelubungi kami. Baginda pun mula meminta perlindungan daripada Allah dengan membaca surah قل أعوذ برب الناس dan ' قل أعوذ برب الفلق ' . Baginda SAW bersabda, “Wahai Uqbah, mintalah perlindungan daripada Allah dengan membaca dua surah ini. Tidak ada sesiapa yang mendapat perlindungan dengan perantaraan benda-benda lain lebih daripada perlindungan yang didapati melalui kedua-dua surah ini. Yakni tidak ada doa untuk memi...

Surah al-Baqoroh dan aali-Imroon akan memandu ahli Qur-an pada hari kiamat

Ayat Qur-an / Hadith : ٧١. عن النواس بن سمعان الكلابي * يقول: سمعت النبي ﷺ ، يقول: يؤتى بالقرآن يوم القيامة وأهله الذين كانوا يعملون به تقدمه سورة البقرة، وآل عمران، مسلم باب فضل قراءة القرآن وسورة البقرة رقم : ١٨٧٦ Terjemahan : 71. Sayyidina Nawwas bin Sam Aan Kilabi RA berkata saya telah mendengar Nabi SAW bersabda, "Pada hari kiamat al-Quran dan ahlinya (orang-orang yang beramal dengannya) akan didatangkan. Surah al-Baqarah dan surah Aali Imran akan mendahului mereka." (Muslim). Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat : Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi. Mukasurat : 302. Disclaimer : Untuk bahasa 'Arab yang lebih tepat, sila rujuk sumber asal. Catitan :