2 ayat terakhir surah al-Baqoroh menghalang syaitan menghampiri rumah

Ayat Qur-an / Hadith :

٠٣٥ . عن النعمان بن بشير * عن النبي ﷺ قال: إن الله كتب كتابا قبل أن يخلق السّموات والأرض بألفي عام، أنزل منه آيتين ختم بها سورة البقرة، ولا يقرآن في دار ثلاث ليال فيقربها شيطان.

رواه الترمذي وقال: هذا حديث حسن غريب، باب ما جاء في آخر سورة البقرة، رقم: ۲۸۸۲.

Terjemahan :

35. Sayyidina Nu'man bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Allah telah menulis satu kitab dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Daripada kitab itu dua ayat telah diturunkan yang telah diletakkan di akhir surah al-Baqarah. Jika ayat-ayat ini dibacakan dalam mana-mana rumah selama tiga malam berturut-turut maka syaitan tidak akan dapat menghampiri rumah itu pun." (Tirmizi)

Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Mukasurat : 289.

Disclaimer : Untuk bahasa 'Arab yang lebih tepat, sila rujuk sumber asal.

Catitan :

2 ayat terakhir surah al-baqoroh ialah ayat 285 dan 286.

285.

اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖۗ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ ۗ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ

Terjemahan

Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), “Kami tidak membeda-bedakan seorang pun dari rasul-rasul-Nya.” Dan mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami Ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali.”

286.

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ

Terjemahan

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”



Comments

Popular posts from this blog

Membaca surah at-Takathur sekali sama dengan membaca 1,000 ayat al-Qur-an

Membaca, menghembus, menyapu, 3 Qul 3 kali sebelum tidur

Membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat