Ayat Kursi adalah ayat paling agung dalam al-Qur-an

Ayat Qur-an / Hadith :

٠٣٣ . عن أبي بن كعب ﷺ قال: قال رسول اللہ ﷺ: يا أبا المنذر! أتدري أي آية من كتاب الله معك أعظم؟ قال: قلت: الله ورسوله أعلم، قال: يا أبا المنذر! أتدري أي آية من كتاب الله معك أعظم؟ قال: قلت: (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) قال: الكيف وأية فضرب في صدري وقال: والله! ليهنك العلم أبا المنذر.

رواه مسلم، باب فضل سورة الكهف وآية الكرسي، رقم ١٨٨٥، وفي رواية والذي نفسي بيده إن لها لسانا وشفتين تقدس الملك عند ساق العرش قلت هو في الصحيح باختصار رواه أحمد ورجاله رجال الصحيح، مجمع الزوائد: ۷: ۳۹

Terjemahan :

33. Sayyidina Ubai bin Ka'ab RA berkata Rasulullah SAW bersabda kepada saya, "Wahai Abu Munzir (ini ialah panggilan untuk Sayyidina Ubai bin Ka'ab ), adakah kamu tahu ayat yang paling agung dalam kitab Allah yang ada di sisimu?" Saya menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bertanya lagi, "Wahai Abu Munzir, adakah kamu tahu ayat yang paling agung dalam kitab Allah yang ada di sisi kamu?" Saya pun menjawab, الله لا إله إلا هو الحي القيوم (Ayat Kursi)". Baginda SAW menepuk dada saya (seolah-olah mengucap syabas ke atas jawaban saya) lalu bersabda, "Tahniah di atas ilmu kamu, wahai Abu Munzir." (Muslim).

Dalam satu riwayat yang lain Baginda SAW bersabda tentang ayat Kursi, "Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya ayat itu mempunyai satu lidah dan dua bibir, sentiasa memuji-muji kesucian Allah di kaki Arasy." (Musnad Ahmad: Majma uz-Zawa id).

Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Mukasurat : 288.

Disclaimer : Untuk bahasa 'Arab yang lebih tepat, sila rujuk sumber asal.

Catitan :

Comments

Popular posts from this blog

Membaca surah at-Takathur sekali sama dengan membaca 1,000 ayat al-Qur-an

Membaca, menghembus, menyapu, 3 Qul 3 kali sebelum tidur

Membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat