Baca ayat Kursi sebelum tidur
Ayat Qur-an / Hadith :
٣٢. عن أبي هريرة * قال: وكلني رسول الله ﷺ بحفظ زكاة رمضان، فأتاني آت فجعل يحثو من الطعام فأخذته، وقلت: لأرفعنك إلى رسول الله ﷺ، قال: إني محتاج، ، وعلي عيال ولي حاجة شديدة، قال: فخليت عنه، فأصبحت، فقال النبي 35: يا أبا هريرة، ما فعل أسيرك البارحة ، قال: قلت: يا رسول الله ، شكا حاجة شديدة، وعيالا، فرحته، فخليت سبيله، قال: أما إنه قد كذبك، وسيعود ، فعرفت أنه سيعود، لقول رسول اللہ ﷺ إنه سيعود، فرصدته، فجاء يحثو من الطعام، فأخذته، فقلت: لأرفعنك إلى رسول الله ﷺ، قال: دعني فإني محتاج وعلي عيال، لا أعود، فرحمته، فخليت سبيله، فأصبحتُ، فقال لي رسول الله ﷺ : يا أبا هريرة، ما فعل أسيرك ، قلت: يا رسول اللہ ﷺ شكا حاجة شديدة، وعيالا، فرحمته، فخليت سبيله، قال: أما إنه قد كذبك وسيعود ، فرصدته الثالثة، فجعل يحثو من الطعام، فأخذته، فقلت: لأرفعنك إلى رسول الله ﷺ، وهذا آخر ثلاث مرات، أنك تزعم لا تعود، ثم تعود قال: دعني أعلمك كلمات ينفعك الله بها، قلت: ما هن؟ قال: إذا أويت إلى فراشك، فاقرأ آية الكرسي: (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) (البقرة: ٢٥٥] ، . ا، حتى تختم الآية، فإنك لن يزال عليك من الله حافظ، ولا يقربك شيطان حتى تصبح، فخليت سبيله، فأصبحتُ فقال لي رسول اللہ ﷺ: ما فعل أسيرك البارحة ، قلت: يا رسول الله ، زعم أنه يعلمني كلمات ينفعني الله بها، فخليت سبيله، قال: ما هي ، قلتُ: قال لي: إذا أويت إلى فراشك فاقرأ آية الكرسي من أولها حتى تختم الآية: (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) (البقرة: ٢٥٠] ، وقال لي: لن يزال عليك من الله حافظ، ولا يقربك شيطان حتى تصبح - وكانوا أخرص شيء على الخير - فقال النّبي ﷺ: أما إنه قد صدقك وهو كذوب، تعلم من تخاطب منذ ثلاث ليال يا أبا هريرة ، قال: لا، قال: ذاك شيطان .
. رواه البخاري باب إذا وكل رجلا فترك الوكيل شيئا، رقم: ٢٣١١، وفي رواية الترمذي عن أبي أيوب الأنصاري اقرأها في بيتك فلا يقربك شيطان ولا غيره رقم: ۲۸۸۰.
Terjemahan :
32. Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW telah melantik saya untuk menjaga harta zakat fitrah. Seorang lelaki telah datang dan mula meraup bijirin daripada harta zakat itu dengan kedua-dua tangannya. Saya telah menangkapnya dan berkata kepadanya, "Saya mesti bawa kamu kepada Rasulullah SAW." Dia berkata, "Saya ini seorang yang berhajat, saya menanggung ahli keluarga dan saya sangat memerlukan." Sayyidina Abu Hurairah berkata lagi, "Lantas saya telah melepaskannya. Setelah pagi hari, saya telah berjumpa Nabi SAW dan Baginda SAW telah berkata kepada saya, "Wahai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh tawanan kamu semalam?" (Allah telah mengkhabarkan peristiwa itu kepada Baginda ) Saya pun menjawab, "Wahai Rasulullah, dia telah mengadu keadaannya yang sangat memerlukan dan dia menanggung ahli keluarganya maka saya telah berasa kasihan terhadapnya maka saya telah melepaskannya." Baginda SAW bersabda, "Berjaga-jagalah, dia telah membohongimu dan dia akan datang lagi."
Lantaran sabdaan Nabi SAW itu saya telah meyakini bahawa dia pasti akan datang maka saya terus menunggunya. Dia datang lagi dan mula meraup bijirin dengan kedua-dua tangannya. Saya telah menangkapnya dan berkata, "Saya mesti membawa kamu berjumpa Nabi ." Dia berkata, "Tolonglah lepaskan saya, saya adalah seorang yang sangat memerlukan, saya menanggung ahli keluarga saya. Saya tidak akan datang lagi." Lantaran itu, saya telah berasa kasihan terhadapnya maka saya telah melepaskannya. Apabila pagi Baginda bersabda kepada saya, "Wahai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh tawananmu?" Saya menjawab, "Wahai Rasulullah, dia mengadu keadaannya yang sangat memerlukan dan dia menanggung saraan ahli keluarganya maka saya telah berasa kasihan terhadapnya lalu saya melepaskannya." Baginda SAW bersabda, "Berhati hatilah, dia telah membohongi kamu dan dia akan datang lagi." Lantaran itu saya terus menunggunya. Dia datang lagi dan telah meraup bijirin dengan kedua-dua tangannya. Saya telah menangkapnya dan berkata, "Saya mesti membawa kamu berjumpa Nabi Ini kali ketiga dan terakhir kamu berjanji bahawa kamu tidak akan datang tetapi kamu datang juga." Dia berkata, "Lepaskanlah saya. Saya akan mengajarkan kamu ayat-ayat yang dengan perantaraannya Allah akan memberi manfaat kepada kamu." Saya bertanya, "Apakah ayat-ayat itu?" Dia menjawab,"Apabila kamu hendak berbaring di tempat tidur kamu maka bacalah ayat Kursi. Maka Allah akan mengutuskan untuk kamu seorang penjaga dan syaitan tidak akan dapat menghampiri kamu sehingga ke subuh." Lantaran itu saya telah melepaskannya.
Pada waktu pagi Rasulullah SAW bertanya kepada saya, "Apakah yang telah dilakukan oleh tawanan kamu semalam?" Saya menjawab, "Dia katakan kepada saya bahawa dia akan ajarkan kepada saya ayat-ayat yang dengan perantaraannya Allah akan memberi manfaat kepada saya maka pada kali ini pun saya melepaskannya." Baginda SAW bertanya, "Apakah ayat-ayat itu?" Saya menjawab, "Dia berkata bahawa apabila kamu mula berbaring di tempat tidur maka bacalah ayat Kursi hingga ke akhirnya maka Allah akan utuskan seorang penjaga untuk kamu dan sehingga ke subuh tidak ada syaitan yang boleh menghampiri kamu." Perawi mengatakan bahawa para sahabat sangat gemar terhadap perkara kebaikan. (Oleh itu, pada kali terakhir setelah mendengar perkara kebaikan, tawanan itu dilepaskan). Baginda bersabda, "Dengarlah, dia telah bercakap benar dengan kamu walaupun dia pendusta besar. Wahai Abu Hurairah, Adakah kamu tahu dengan siapakah kamu berbicara semenjak tiga malam?" Saya menjawab, "Saya tidak tahu." Baginda bersabda, "Dialah syaitan (yang datang dengan tipu daya untuk mengurangkan harta zakat)." (Bukhari)
Dalam riwayat Sayyidina Abu Ayub Ansari syaitan telah berkata, "Apabila. kamu memasuki rumah bacalah ayat-ayat itu nescaya syaitan, jin dan seumpamanya tidak akan menghampirimu." (Tirmizi)
Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :
Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.
Mukasurat : 286/287.
Catitan :

Comments
Post a Comment