Ganjaran membaca al-Fatehah dan 2 ayat terakhir al-Baqoroh

Ayat Qur-an / Hadith :

٤٤. عن ابن عباس - قال: بينا جبريل قاعد عند النبي ﷺ، شمع نقيضا من فوقه، فرفع رأسه، فقال: هذا باب من السماء فتح اليوم، لم يفتح قط إلا اليوم، فنزل منه ملك فقال: هذا ملك نزل إلى الأرض لم ينزل قط إلا اليوم، فسلم وقال: أنشر بنورين أوتيتها لم يؤتها نبي قبلك، فاتحة الكتاب وخواتيم سورة البقرة، لن تقرأ بحرف منها إلا أعطيته.

رواه مسلم، باب فضل الفاتحة، رقم ۱۸۷۷

Terjemahan :

44. Sayyidina Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Jibrail sedang duduk bersama Nabi SAW. Tiba-tiba kedengaran suara dari langit, lalu Jibrail telah mengangkat kepalanya ke atas dan berkata, "Satu pintu di langit telah dibuka pada hari ini yang tidak pernah dibuka sebelum ini. Menerusi pintu itu, seorang malaikat yang tidak pernah turun ke dunia sebelum ini telah turun." Malaikat itu pun datang lalu memberi salam dan berkata, "Bergembiralah dengan dua nur yang telah diberikan kepada tuan yang belum pernah diberikan kepada mana-mana nabi sebelum tuan iaitu surah al-Fatihah dan dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah. Mana-mana perkataan daripada kedua-duanya yang tuan baca maka pasti tuan akan mendapat ganjarannya." (Muslim)

Keterangan:
Yakni jika ayat itu ayat pujian maka akan didapati pahala pujian itu dan jika ayat itu ayat doa maka doa itu akan dikabulkan.

Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Mukasurat : 291/292.

Disclaimer : Untuk bahasa 'Arab yang lebih tepat, sila rujuk sumber asal.

Catitan :

Comments

Popular posts from this blog

Membaca surah at-Takathur sekali sama dengan membaca 1,000 ayat al-Qur-an

Membaca, menghembus, menyapu, 3 Qul 3 kali sebelum tidur

Membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat