Puncak al-Qur-an ialah surah al-Baqoroh

Ayat Qur-an / Hadith :

٠٤٩ . عن معقل بن يسار ، أن رسول الله ﷺ قال: البقرة سنام القرآن وذرونه، نزل مع كل آية منها ثمانون ملكا، واستخرجت (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) من تحت العرش، فوصلت بشورة البقرة، و (يس) قلب القرآن لا يقرأها رجل يريد الله تبارك وتعالى والدار الآخرة إلا غفر له واقرؤوها على موتاكم،

رواه أحد ٥: ٢٦

Terjemahan :

49. Sayyidina Ma qil bin Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Puncak yakni bahagian yang tertinggi bagi al-Quran ialah surah al-Baqarah. Sebanyak lapan puluh malaikat turun bersama setiap ayatnya. Ayat Kursi telah dikeluarkan daripada bahagian bawah Arasy yakni ia telah turun daripada khazanah Allah yang khusus kemudian ia telah digabungkan dengan surah al Baqarah. Sementara surah Yasin ialah jantung al-Quran. Sesiapa yang membaca surah Yasin untuk keredaan Allah dan untuk akhirat maka pasti dia akan diampunkan. Oleh itu, bacalah surah Yasin itu di sisi orang-orang yang hampir meninggal dunia daripada kalangan kamu (supaya rohnya mudah keluar)," (Musnad Ahmad)

Keterangan: Surah al-Baqarah dikatakan sebagai puncak al-Quran dalam hadis di atas ialah kerana dalam surah ini diterangkan asas-asas Islam, akidah dan hukum hakam Islam secara mendalam. Keterangan sedemikian tiada dalam surah-surah lain. (Ma'arif ul-Hadis)

Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Mukasurat : 293/294.

Disclaimer : Untuk bahasa 'Arab yang lebih tepat, sila rujuk sumber asal.

Catitan :

Comments

Popular posts from this blog

Membaca surah at-Takathur sekali sama dengan membaca 1,000 ayat al-Qur-an

Membaca, menghembus, menyapu, 3 Qul 3 kali sebelum tidur

Membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat