Surah al-Mulk menghalang seksa kubur

Ayat Qur-an / Hadith :

٠٥٥ . عن ابن عباس - قال: ضرب بعض أصحاب النبي ﷺ حباءه على قبر وهو لا يحسب أنه قبر، فإذا فيه قبر إنسان يقرأ سورة الملك حتى ختمها، فأتى النبي ﷺ فقال: يا رسول الله ! إني ضربت خبائي وأنا لا أحسب أنه قبر فإذا فيه إنسان يقرأ سورة الملك حتى ختمها، فقال النبي ﷺ : هي الرائعة، هي المنجية تنجيه من عذاب القبر.

رواه الترمذي وقال: هذا حديث حسن غريب، باب ما جاء في فضل سورة الملك، رقم: ۲۸۹۰

Terjemahan :

55. Sayyidina Abdullah bin 'Abbas RA meriwayatkan bahawa ada sahabat yang telah memasang khemah di atas sebuah kubur sedangkan dia tidak menyangka bahawa di situ ada kubur. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang membaca surah Tabarakallazi' sehingga tamat. Beliau telah datang berjumpa Nabi SAW dan memberitahu, "Ya Rasulullah, saya telah memasang khemah di suatu tempat. Saya tidak menyangka bahawa tempat itu ialah perkuburan. Tiba-tiba saya mendengar seseorang membaca surah Tabarakallazi' sehingga tamat." Baginda bersabda, "Surah itu ialah penghalang daripada azab Allah dan ia adalah penyelamat daripada azab kubur." (Tirmizi)

Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Mukasurat : 295.

Disclaimer : Untuk bahasa 'Arab yang lebih tepat, sila rujuk sumber asal.

Catitan :

Comments

Popular posts from this blog

Membaca surah at-Takathur sekali sama dengan membaca 1,000 ayat al-Qur-an

Membaca, menghembus, menyapu, 3 Qul 3 kali sebelum tidur

Membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat